Tips untuk pembeli rumah pertama

kenali jenis hartanah

Kenali Jenis hartanah di Malaysia 

Jika anda ada keinginan untuk memiliki hartanah mestilah anda perlu mengenali jenis hartanah dulu, kalau jenis hartanah pun anda tidak kenal bagaimana hendak memilikinya kan? Nanti mesti akan keluar soalan, town house tu apa ya? kondo dengan apartment apa beza? jadinya mari kita tengok jenis hartanah yang ada di Malaysia,so nanti bila anda pergi ke opening projek, bolehlah buat muka belagak sikit, owh town house ya? ohhh, okay bagi saya town house satu, bungkus ya, ikat tepi.. sambil pegang spek hitam..hehe

Jenis pertama yang wajib anda kenali ialah hartanah jenis A, residential, Terdapat beberapa jenis residential yang berada di malaysia, mari lihat di bawah,

-  Condominium
condominum adalah bangunan pangsapuri yang selalunya dikaitkan dengan kos mewah, kebanyakkan mempunyai fasiliti yang selesa antaranya kolam renang, gymnasium, bilik squash, bbq, keselamatan dan sebagainya.

-Apartment

Apartment adalah rumah pangsa moden yang selalunya lebih besar dan luas daripada rumah pangsa biasa, kiranya apartment ni adik kepada condominium lah, tetapi apartment berharga jauh lebih murah daripada condominium, dan kemudahan yang diberi tidak setanding kemudahan kondominium.

-Flat 
okay, kalau apartment adalah adik kepada kondo, jadinya flat adalah anak ikan kepada apartment ya, flat sama konsep dengan apartment tapi jauh lebih murah dan selalunya dalam kos yang rndah dan kurang kemudahan yang disediakan.

- Semi detached 


semi detached ni adalah rumah bawah yang disambungkan dua rumah menjadi satu bahagian.

-Penthouse

Penthouse ni rumah orang ada ada dan adaaaaa. Penthouse adalah apartment atau condo  yang letaknya di tingkat paling atas, tengok gambar tu, orang ada ada  ja yang mampu ni.. 

-Linkhouse
Link house lebih dikenali sebagai rumah teres ataupun rumah baris

-Townhouse

Townhouse biasanya untuk warga kota yang memerlukan privasi dan mementingkan keselesaan. Townhouse kelihatan seperti rumah teres biasa, tetapi kedua2 tingkat atas dan bawah mempunya pemilik yang berbeza.

-Bungalow

Banglo ni kalau tak kenal saja lah kan, Banglo ialah sebuah rumah yang besar dan mempunyai halaman yang luas untuk pemiliknya.

-Duplex
Duplex ni ialah rumah tingkat bagi condo atau apartment, di malaysia duplex kebanyakkan di unit seperti studio banyak menggunakan konsep duplex kerana menginginkan privasi ditempat tidur. Tidur atas ya, tandas dibawah.hehe


B. Commercial

- Shop lot/ Lot Kedai
shop lot atau rumah kedai macam biasa lah nampak tepi jalan tu, kekadang anda akan nampak apartment yang bawahnya ada kedai atau supermarket. selalunya lot ini lebih mahal utilitiesnya seperti bil elektrik atau air berbanding rumah biasa, Kebanyakkan comercial lot akan begitu ya, so berhati hati lah anda sekalian. Kaji dulu sebelum beli,

- service suites

Service suite ni selalunya terletak di bandar bandar besar dan mempunyai fasiliti seperti shoping mall dan sebagainya.

-Offices 

Bangunan ofis ni macam biasa lah yang anda tengok sepanjang jalan, jangan beli buat rumah pulak ya.

Service Apartment/condominium 
Service apartment secara kasarnya sama dengan apartment biasa atau condominium biasa, tetapi ia menjadi berbeza apabila bangunan kediaman berkongsi dengan kedai atau mall, Dia di panggil tanah comercial dan terdapat yuran tertentu seperti yuran penyelenggaraan dan sebagainya.

-Retail lot
Retail lot, macam biasa lah mall atau supermarket yang selalu anda pergi untuk cuci mata.

C. INDUSTRIAL

-Warehouse


Gudang, tempat simpan stok atau barang dengan kuantiti yang banyak

Factory

Kilang kalau tak kenal saja lah.. :P

okay tunggu post seterusnya, kita kenal jenis agent hartanah pulak ya

Comments